Monday, 21 September 2015

Alhamdulillah,dah lama rasanya tak active niii...alhamdulillah hari nii masih lagi kita diberi kesempatan untuk merasai nikmat kurnia Allah,Allahuakbar...
InsyaAllah hari nii ana akan kongsikan satu title yang kebanyakkan orang pandang sebelah mata iaitu TAUBAT...bersyukurlah kerana pintu taubat masih terbuka luas untuk tiap² orang daripada kita,berapa ramai yang meninggal minta untuk dikembalikkan ke dunia semata mata nak beribadat dan nak tebus balik segala dosa noda...tak rela diseksa,diazab dek kerana kealpaan semasa di dunia dengan kesombongan kurniaan harta,pangkat,darjat sehingga terabai tujuan asal kita dicipta Allah azza wa jalla iaitu untuk mengabdikan diri kepada-Nya sebagaimana yang telah Allah rakamkan didalam Al-Quran Nur Karem:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk menyembah-Ku.."
(QS.Adz-Dzaariyaat:56)
Jangan menghukum diri..."Alahh!! aku banyak buat dosa takkan Allah nak terima taubat aku kott"..mmg itulah kata2 yang sering kita dengar kan...Ketahuilah bahwa! Selagi matahari tidak terbit dari barat maka selagi itulah pintu taubat terbentang luas untuk kita,.Allah itu sentiasa merindui taubat hambanya yang merintih meminta maghfirahnya dari pagi hingga ke malam dari malam hingga ke pagi esok harinya..Allahuakbar sampai macam tu sekali sayang Allah terhadap kita ...namun kita yang mempersia-sia kan...sayang Allah terhadap hambanya meliputi segenap kasih sayang makhluk di atas  muka bumi  ini ke atas kita...ada segelintir yang memberi alasan "aku belum diberi hidayah untuk bertaubat" pernah dengar kan ayat sempoi cmni kan..manusia diberi pilihan oleh Allah,dan kita bertanggungjawab dalam memilihnya sama ada nak kehidupan yang baik,mati yang baik(husnul khatimah),nak bertaubat atau sebaliknya..semua pilihan itu terletak pada diri kita sendiri nak atau tidak jeaa..berhijrahlah usah dikenang kisah silam mulakan dengan pentas kehidupan yang lebih indah,orang lain tak mampu nak corakkan kehidupan kita..hanya kita sahaja yang mampu mencorakkannya..peluang selalu ada!!!    

Bila berada didalam kegelapan tanpa diterangi sedikit cahaya sekalipun pasti kita akan merasai takut,gelisah,runsing dan sebagainya.tapi bila kita berada di jalan yang benar lagi bersuluh kebenarannya pasti kita akan merasai keindahan dan kemanisan taubat itu..so kalau nak tau bagaimana rasa indah jom!!! HENSHIN..tak usah ragu2 kalau kamu betul2 nak berubah,teruskan maju kehadapan sehingga matlamat tercapai.Bila timbul rasa dalam hati "akau nak berubah/taubat",tu bermakna Allah dah open invitation dalam diri kamu.Allah sayang kamu thats why kamu dapat invitation khas dari Allah.Ana confirm pasti tiap2 orang pasti ada niat nak berubah cumaaa..nak dapatkan istiqomah tuu sukar..I have admit it..so ambilah jalan penyelesaian dengan bergaul bersama orang2 soleh dan ulama' supaya mereka  mampu pandu kita ke arah jalan yang diredhai Allah.ana bagi satu teori supaya anda semua faham,kita bercadang nak bercuti di sesuatu tempat,agak² antum akan cari pemandu yang thu jalannya atau tak tau jalan ke destinasi...confirm antum akan pilih pilihan pertama,yang thu ke tempat destinasi kan,supaya kita selamat sampai tanpa tersesat jalan..kalau kita pilih yang kedua confirm takkan sampai punyaa..Kalau kita nak pergi ke suatu destinsi pasti memerlukan tenaga agar perjalanan kita selamat sampai tanpa ada apa2 problem..sama juga,kita nak berubah ia memerlukan keupayaan dari segi kesungguhan dan istiqomah..insyaAllah ana akan share pekara yang patut ada pada diri orang yang nak berubah ialah;

1.Tanamkan niat  dan keazaman yang tinggi untuk bertaubat ..dalam apa2 hal sekalipun dalam dunia nii niat is very important,pokok tidak akan tumbang sekiranya mempunyai akar yang kuat mencengkam tanah.begitu juga..matlamat tidak akan goyah sekiranya mempunyai niat yang kuat.

2.laksanakan konsep "Amar makruf nahi mungkar" segala titah perintah Allah kita laksanakan seperti solat,puasa,berbuat baik, and lln.kerana melalui amalan2 inilah akan melahirkan individu yang berakhlak dan mendidik jiwa mentaati perintah Allah.

3.Perbanyakkan istighfar dan solat sunat taubat,setiap ungkapan istighfar akan memadamkan satu titik2 hitam dalam hati kita.Nabi beristighfar dan bertaubat lebih dari 70 kali bahkan sampai 100 kali setiap hari.sebagaimana yang diungkapkan dalam hadis berikut: Dari Abu Hurairah r.a berkata, saya mendengar Rasulullah Saw bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih dari tujuh puluh kali. (diriwayatkan al-Bukhari).Nabi yang maksum pun bertaubat 70 kali sehari,sahkan kita yang penuh bergelumangan dengan dosa setiap hari.tak cukup bro kalau kau setakat istighfar 10 kali sehari..

4.Usaha tinggalkan maksiat,dalam skop "maksiat" ni luas maknanya..kau mencuri,derhaka,kurang ajar,makan harta anak yatim,malas solat,berfikiran negatif..semua tuu dpanggil maksiat.

5.Istiqomah buat baik.

6.Tinggalkan pekara lagha
Dalam dunia apabila kita nakkan sesuatu pekara,pengorbanan amat penting..tanpa pengorbanan matlamat tidak akan tercapai..saksikan equation di bawah

matlamat+pengorbanan=kejayaan
matlamat-pengorbanan=sia-sia

So sebagai akhir kalam,ana nak pesan..jangn pernah letak diri kita  tak layak nak jadi baik dan tak layak nak bertaubat kerana setiap manusia mampu bertaubat dan mampu mejadi menjadi baik.u can do it..apabila kita berada di jalan Allah kita akan merasai keindahannya yang tidak mampu diungkap melalui kata kata hanya boleh dirasai melalui hati nurani.kesukaran dalm mengejar matlamat merupkan salah satu ujian untuk kita,Allah nak uji sejauh mana kita mampu menghadapi onak rintangan ujian demi mendekatkan diri kita kepada Allah.ketahuilah bahwa setiap ujian itu bukan melemahkan diri kita untuk mencapai matlamat tetapi sebagai pembakar semangat untuk kita bangkit,bangkit,dan terus bangkit dari kejatuhan untuk mencapai matlamat di puncak gunung tinggi yang memerlukan kerahan tenaga pada tahap yang maksima.mulakan langkah anda mulai sekarang kerana masih belum terlambat untuk anda melangkah melalui pintu taubat Allah yang sentiasa terbentang luas untuk kita.and finally,the important thing is YAKIN.

"Kita sentiasa ada pilihan,terpulang kepada diri kita sama ada pilih untuk kekal JAHILIAH ataupun menuju JANNAH Allah."



Teringat ana akan sebuah kisah seorang lelaki daripabertaub.gan umat terdahulu yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh sembilan) orang manusia.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Nabiyullah SAW bersabda:

“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh Sembilan) orang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (pendeta). Dia pun berjumpa rahib tersebut.

Dia memberitahu: “Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”

Rahib tersebut menjawab:“Tidak!”

Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.

Namun niatnya ingin bertaubattetap teguh. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim pada zaman itu. Kemudian lalu ditunjukkan kepadanya seorang yang alim, dia terus berjumpa orang alim tersebut dan berkata: “Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”

Orang alim tersebut menjawab:“Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”

“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.” sambung orang alim itu lagi.

Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.

Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.

Malaikat Rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”

Manakala Malaikat Azab pula berkata: “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”

Lalu datanglah malaikat lain yang menyerupakan dirinya dalam bentuk manusia. Lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.

Malaikat itu berkata, “Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini dan ke tempat yang hendak ditujunya; ke tempat mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”

Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah di ukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, beerti ia termasuk di kalangan mereka. Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.” 
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
.
.
Dalam sebuah riwayat yang sahih lain disebutkan: “Orang tersebut lebih dekat hanya sejengkal saja pada kawasan yang baik itu, iaitu yang hendak didatangi, maka dijadikanlah dia termasuk golongan penduduknya.”
Sebuah riwayat dalam kitab sahih juga menyebut;
 “Allah Ta’ala lalu mewahyukan kepada tanah yang ini (tempat asalnya) supaya engkau menjauhinya dan kepada tanah yang ini (tempat yang hendak dituju) supaya engkau mendekatinya (maksudnya supaya tanah asalnya itu memanjang sehingga kalau diukur akan menjadi jauh, sementara tanah yang dituju itu menyusut sehingga kalau diukur menjadi dekat jaraknya).” Kemudian firmanNya:“Ukurlah antara keduanya.”Malaikat-malaikat itu mendapatkannya bahawa kepada yang ini (yang dituju) adalah lebih dekat hanya sejengkal saja jaraknya. Maka orang itupun diampunilah dosa-dosanya.”

Dalam riwayat lain lagi disebutkan: “Orang tersebut bergerak (amat susah payah kerana hendak mati) dengan dadanya ke arah tempat yang dituju itu.”
.

Tidak diragukan lagi bahawa pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa saja yang ingin bertaubat selagi masih belum tiba kiamat. Tidak kira sebesar mana dosa kita, walaupun telah ramai orang yang menjadi mangsa; Seperti taubat pembunuh, jika dia benar-benar ikhlas bertaubat kepada Allah dengan ‘Taubat Nasuha’, taubatnya tetap akan diterima.

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.”   (Hadis Riwayat Muslim)


Thabit bin Qurrah berkata:“Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan.” 

Ana akan kongsikan satu doa yang dibaca oleh nabi Adam untuk sama sama kita amalkan,moga² bermanfaat,jom!! kita jadikan amalan harian.